Motivasi Diri

Rabu, 14 April 2010 5:34 PTG Dicatat oleh suhairi 0 ulasan

Kenangan Hampa

Entah mengapa tiba-tiba saja fikiranku melayang teringat zaman persekolahan sekitar tahun 1979. Waktu tu terasa sungguh indah untuk dikenang lebih-lebih lagi dia ada bersama. Perhubungan kami agak rapat malah dia sering datang ke rumah mengulangi pelajaran bersama adik perempuanku. Bila ada waktu lapang kami sering bertandang ke rumah nenek menaiki basikal. Meskipun rumah nenek jauh 20 km dari rumah tak terasa penatnya kerana dia bersama.
Ku rasakan hembusan angin dan kicauan burung-burung disepanjang perjalanan menyanyi gembira menyambut kehadiran kami. Ah..... sungguh indah untuk dikenang..

Namun kegembiraan itu tidak lama. " Tahun ini saya akan menghadapi peperiksaan SPM tolong... saya jangan diganggu... Lepas setahun kita berjumpa kembali katanya. Sepanjang tempoh itu aku memegang janji mendiamkan diri dan tidak berhubung denganya. Malah aku telah meninggalkan kampung halamanku. Namun selepas setahun berlalu.... Secara tiba-tiba aku terjumpanya di Perhentian Pudu Raya.

Aku terkejut dia juga terperanjat. Namun ku gagahkan juga berjumpanya. Heri ....perkenalkan ini Johan tunang saya. Luluh hatiku mendengarnya. "Jika saya berjaya saya akan melanjutkan pelajaran. Dan jika gagal saya akan berumah tangga". Dalam kepayahan ku gagahkan juga tersenyum dan mengucapkan tahniah kepadanya. Akhirnya dia telah selamat diijabkabulkan dan menjadi suami isteri.
Kenangan ini tak mudah ku lupakan kerana itu kupaparkan bait-bait kata yang ku susun sebagai tanda cinta pertamaku kepadanya.

HAMPA

Sudah ku tumpahkan segenap isi hatiku ke dalam pengakuanmu
Tiada satu serulingpun lagi dalam kalbuku yang menyimpan rahsia
Jika sekiranya hatiku itu seumpama sebuah buku
Sudah pasti ianya terbuka selembaran demi selembaran dihadapan matamu

Tapi kini sayang
Ianya hampa tiada berisi lagi.
Ku menganga mengadap padamu mengharap akan cinta
Belum terasa kekosongan itu yakin orang lain dapat memenuhinya

Tapi mengapa kau mempermainkan cinta mu Seperti kau memutarkan butir-butir mutiara yang melengkari lehermu Ah ..... alangkah kejamnya permainan mu itu
Kau pinta segenap isi hati ku
Dan itupun telah ku berikan
Sedang hanya isi hati ku itulah saja harta yang ada pada ku.

Rabu, 14 April 2010

Isnin, 12 April 2010